Tuesday, January 25, 2011

Sedingin hari ini...

Assalamualaikum...
Hari ini aku rajin pulak nk berblog kan.. hahhaa..
hari ini insan tu telefon aku.. oh indahnya suara dia.. jatuh rebah ku ke muka bumi.. hihi..
2 hari lagi dia akan tel lagi.. oh my... kalaulah dia hensem.. hahaha..
insyirah stop it!!!! nakal sungguh anak dara ini.. xsalah sbb aku single.. sape nk halang pun.. xda org nk marah lagipun..
Jauh di sudut hati aku untuk bercinta setelah kecewa dan kecundang beberapa kali.. susah nk cari yg sempurna dan indah di mata kita...
kesusahan yg mendtg itukah yg akan menjanjikan kebahagiaan di kemudian hari?
Indah itu satu impian.
Hati bahagia itu satu kemanisan..
Kelapangan dada itu lah kemanisan dalam iman...

Monday, January 24, 2011

Kembali beroperasi semula blog ku.. hihi

Assalamualaikum..
Hari ini aku dipenuhi dengan pelbagai aktiviti.. dr pg kelas bermula sampailah diriku pulang ke rumah tatkala ini..
Hari ni aku dapat bercakap ngan seorang yang aku baru kenal.. dr tmpt Proton. how sweet his voice.. kalaulah.. omg!!!!
Jika benar cinta itu hanya dr kedengaran suara betulkah ia?? beranikah aku lagi untuk bercinta lagi..
Bolehkah aku meneruskan hidup tanpa insan yang boleh beri aku semangat? kalau nak msj ngan kawan2 atau sahabat yang dh ada gf mesti gf deme jelaus.. susah la plak..
Teringin rasanya diri ini di sayangi, di cintai, di belai, dan di jaga penuh dengan rasa di lindungi... huhu.. adakah aku akan dapat insan yang sesuai ngan ku... oh jiwang la plak aku hari ni kan.. huhu..
Harapan tanpa sebarang angan2 ibarat angin yg terus melayang dan berlalu pergi.. Cita-cita tanpa impian hanya mimpi yang direka untuk sekadar senyuman di saat itu... dan saat serta detik yang berlalu tidak akan aku persiakan kerana detik dan saat itu tidak akan kembali lagi di masa akan datang.. HARGAILAH MASA YANG ADA..
lebih indah jika kita bercinta dengan Allah.. kerana Dia tidak pernah mengecewakan umatnya.. Aminn...

Wednesday, September 8, 2010

Pulang ke kampung...

Assalamualaikum...
Hari ini aku agak excited sebab nak balik kampung..
walaupun aku tinggal dengan atuk aku... tp aku tetap rasa meriah nk raya sebab kemeriahan nk raya xsama macam hari2 biasa..sbb raya ni semua balik..
apa istimewanya raya aku semenjak 20 tahun yg lalu.. aku ada 1 kampung 1 laman 1 keluarga dan 1 hati sejiwa sejak 20 tahun yg lalu..
iaitu N044 & NO 46
kami sentiasa bersama tidak kira susah atau senang..
Aku,Iffah nabillah kamal,nurul jannah atiqah, nur ezzah amirah, nur izzat aliah dan rashidah.. inilah kami... beraya bersama sejak 19tahun seblm ni..
memang best... sgt seronok..huhu~

Thursday, September 2, 2010

Ramadan kali ini pula...23 ramadhan...


Assalamualaikum...


alhamdulillah hari ini bersamaan 23 ramadhan , 2 september 2010,


kami budak2 kelas DBS part 5 KKB UiTM berbuka bersama akhirnya walaupun ada yg tidak ada tp kami harap lain kali dpt sertai juga...






Inilah kami... Ika,'Aei,In,En syed,Taufik,Aini...dan tidak lupa kepada juru gmbr yg tolong ambil gmbr kami ni..en azfar.. hehehe..
Btw, hari ni aku n 3orang rakan lain telah di belanja oleh kawan kami ni kerana dia sudah janji mahu belanja kami kih6... terima kasih and credit to En azfar...
Hari ini tarikh,masa dan tempat yg telah di pilih... ini atas permintaan lecturer kami yg bertny bila mahu berbuka sama lagi.. jadi kami mengambil langkah baik untuk berbuka bersama lecturer kami itu... En Syed Asnizam bin Syed Omar.
Tepat jam 7.00 malam semua bergerak ke 4U2C iaitu di Fair Park. Kami pilih restoran ini kerana berdekatan dan mmg sedap Pak Ya punya tukang masak untuk customernya...


...
Setelah semuanya berkumpul kami menunggu waktu azan berkumandang..
Banyak sungguh menu di atas meja kami...


Sampai ada yg menu xthu siapa yg punya...ada yg dh hbs makan baru tahu ada lagi menu lain x makan... hehehe... mmg enjoy.. and hbs makan kami pun bergerak ke destinasi masing-masing dan menunaikan kewajipan seterusnya..Tahun depan belum tentu kita dapat berkumpul macam ni lagi kerana insyaALLAH tahun depan masing2 sudah membawa haluan masing-masing... Ingatlah kawan-kawan ini semua kenangan ramadhan kali ini...

Alhamdulillah..

terima kasih semua...

Sunday, August 22, 2010

Kehadiran Ramadhan..




Assalamualaikum...

Semoga Allah S.W.T memberi rahmat kepada para pembaca...

Semalam 21 ogos, bersamaan 11 ramadhan...
sudah lama aku nantikan saat ini..
Ingin keluar makan berbuka di luar.. hehe..
Tarikh : 22 august 2010
Destinasi : JJ Ipoh
Bersama : Nur atikah binti mohd kamal & muhammad amirruddin bin muhammad anuar


Waktu keluar : 5.50ptg

Saat yg aku tunggu.. hehehe..
Pada mulanya abg aku iaitu muhd amirruddin bin muhd anuar mengambil aku dan kemudian barulah ambil nur atikah binti mohd kamal.. destinasi kami telah kami pilih iaitu JJ..kami bergerak awal kerana takut sekiranya xda pilihan tmpt untuk makan jadi kami akan ke tempat lain.. nk tahu apa jadi? teruskan membaca...hehee..

Kami selamat tiba di JJ ipoh..sejurus kami tiba di sana kereta sudah banyak dan nasib kami baik sbb dpt parking dkt betul2 dpn pintu entrance entertainment...

Setelah smpi... abg aku tu sibuk nk tgk tket.. nk tgk wayang la pulak..

Nasib baiklah ada tiket yg awal..kalau x alamat lewat n lambtlh aku nk balik umah...



Cerita The Expendable jadi pilihan saudara Muhammad Amirrudin bin Muhammad Anuar..


Setelah membeli tiket kami pun bergerak... berjalan2 menunggu masa berbuka dan cari tempat berbuka.. 1st tempat aku tuju ialah Kenny.. tp malangnya ABGku tu xnk.. adalah sbb dia..hehee..Then,kami menuju ke tmpt lain iaitu KFC dan MCD..tp sama juga xthu nk makan apa sbb menu dia pun dh leh hafal...Then g pulak Jonny.FULL BOOK!! tension betul aku.. bila org nk belanja ni penuh2 pulak..kih5..


Then akhir nya kami menuju ke FOOD COURT...dh xda pilihan lain nampaknya..huhu.. menu aku n abg aku tersama la pulak..haha.Sizzling.. hehe.. then ika pulak memilih menu Nasi Ayam panggang..Air pulak,Abg ku minum air apa tah.. mocha kot.. then aku n ika minum air tebu..Kemudian aku belanja mereka minum air baru.. tp malangnya x hbs kerana terlalu banyak makanan..haha.. dengan donut lagi hehehe..

Setelah kenyang menjamu selera apa lagi menuju ke surau untuk menjalankan ibadah dan amanah yg seterusnya..then lepas solat kami berjalan untuk menunggu waktu tayangan wayang kami.. Setelah hampir tiba kami pun menuju ke wayang.. memang xleh blah sbb kami dpt sit depan.. nk buat macam mana dh itu je yg tinggal hehehe..

erm,habis movie dlm lingkungan jam 11 mlm.. then lepas tu keluar dari JJ aku minta abg aku belanja aiskrim..hehehe..dia kata "no chocolate..." sedih jew.. aku diam je...then dh nk dkt simpang abg aku pelik n tny kenapa x belok? aku cakaplah... xpayahlah td kata no coklat t gemuk.. then dia pujuk aku... rindunya saat itu.. hehee.. ada juga org nk pujuk..hehehe..


erm,dlm linkungan jam 11 lebih lepas anta ika,abg aku anta aku pulak..aku selamat tiba pada jam 12 tgh malam..alhamdulillah..


Makan berbuka yg amat aku xkan lupakan sbb nk jumpa abg aku tu cukup susah... ni pun 2 tahun x jumpa baru jumpa balik.. huhu..


Terima kasih kawan2.. sayang kamu semua...













Sunday, August 8, 2010

The Last Airbender

Hari ini tanggal 8 hb ogos, aku bersama rakan2 ku pergi JJ...
tiada perancangan pun nk g tgk wayang..
smpi sana terpampang cerita The Last Airbender sama ada 3d or x...
aku x pernah tgk so my first expectation was... bored!!!
tp lepas tgk dlm 10 minit aku jadi tertarik n makanan pun x dijamah.. hahaha
erm,n then aku xpernah ikut pun cite kartun dia.. sbb x minat..
tp bila my uncle din tgk,aku layan je la..
x sangka plak aku cite dia aku prnh tgk tp x ambil port sgt~
aku nk bgthu kt sini aku suka sgt cite tu...
THE LAST AIRBENDER....

Friday, July 30, 2010

Hari cuti minggu ini~


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah aku masih mampu meneruskan blog aku dengan khabar berita yg terbaru..
agak sibuk semester ini.. aku skrg sudah semester 5 dan tahun akhir. InsyaALLAH aku akn hbs beljr tahun depan~
Aku sibuk menyiapkan pelbagai assignment untuk semester ini..
Hari ni aku dekat teluk intan pulang ke kampung halaman rindu pula dekat teman2 di sini.. kawan2 aku rindu kamu semua~



Apa pun korang tetap kawan aku~ Ahmad Fathul Hakim(AFH),Afidatul Ashila (AA) dan Salleh bin Adnan@ Que Haidar(SA)