Wednesday, June 30, 2010

Perempuan mangkuk yang xsedar diuntung!!

Assalamualaikum..
hari ini aku nk luahkan pasal pompuan yang memang xsedar di untung~
sejak 20 tahun yang lalu memang sering mencari pasal~ aku xpeduli apa orang nk kata pasal post aku ni ... sbb aku dh xtahan..
dh la nama pun mak tiri tp perangai mmg saling xtumpah macam tengkorak hidup..
dia yang menumpang tp kata kita yang menumpang~ kalau xkerana my grandpa yang 'kutip' dia dulu xdanya dia nk duduk bumbung senang macam skrg..
eleh cakap tepon ramai org dh bertmbh dlm rumah..bertmbh ke sgt~ ko masak mmg xikhlas.. ko xpernah anggap kami cucu malah ko anggap kami ni orang asing..pada azalinya ko yang orang asing...
tlglah sedar.. ko igt ko masak sedap sgt kew? aku makan kat kedai pun lagi enak~
drpd aku bayar kamu masak yg kononnya beradun baik aku makan dekat kedai..
kalau ko leh ngadu dkt org lain meh skrg aku ngadu dkt seluruh malaysia macam mana sikap manusia yang memang xsedar diri!!!
memang mausia xsedar diri, xsedar diuntung,menyusahkan orang pandai bila org duk susahkan dia amboi mengata sampai hujung dunia...
lantak aku lah!!!

Monday, June 28, 2010

Hari pertama ke kolej pada sesi 2010/2011

Hari ini 28 june 2010, hari pertama aku ke kolej kembali..
INSTITUT TEKNOLOGI PERAK i'm coming!!
hahaha~
pagi td aku bagun tepat jam 6.45pg memang jam dh berbunyi dan siap 3rd round punya bunyi, then aku malas giler nk bangun kerana macam2 dlm kepala otak aku fikir nk g kelas... entahlah berat hati rasanya~
erm,then aku gagahkan diri jua untuk bangun kerana sem ni kena azam bertambah kerana sem ni dan InsyaALLAH sem depan je aku berada di IPOH..I like~
Setelah siap semua aku lepak tgk TV mcam biasa..seblm melangkah ke ITP aku akan tgk TV dulu.. saje hilangkan stress~
then tepat jam 9pg aku bergerak ke ITP bersama nadiah dan syahril manakala afiq bergerak dr Teluk Intan.
Semasa perjalanan aku ke ITP mengikut Pekan Razaki punya perumahan,aku ternampak ada seorang pakcik cina tua terjatuh moto di langgar oleh sebuah kereta ( aku x igt kereta apa ) nasib baik org tu tlg angkt kalau x, langgar lari lah jawabnya~
Aku selamat tiba di ITP 10 minit berlalu nadiah tiba dan 20 minit kemudian syahril pula tiba..
afiq xkunjung tiba jua kemana dia ni~
then satu msj tiba di telefonku~ rupanya afiq katanya sudah keluar highway~
then setelah semuanya ada kami bergerak ke ITP...
pada jam 11 pagi kami masuk ke kelas kerana MISS LIZA akan mengajar kami Human Resource Management untuk sem 5. InsyaALLAH..
sejam juga menunggu miss,kerana miss ada mesyuarat,then jam 12.10 tgh hari miss masuk dan memberi sedikit penerangan bagi subjek ini.
Setelah itu aku pulang ke rumah.
Alhamdulillah dan terima kasih ya ALLAH kerana memberi hari yang baik buat aku hari ini walaupun ada yang tidak senang dengan kehadiran ku~
thanks..

Tuesday, June 22, 2010

HaRi iNi....23 june 2010

Dengan Lafaz Bismillah...

Hari ini aku menghabiskan masa di rumah mak lang.. bermain bersama HAZIQ...~


Dari pagi sampai ke petang~InsyaALLAH...

Semalam aku banyak menghabiskan masa di rumah..
Bila mahu pergi daftar ni?
Esok sudah 24 hb june 2010.
Hm...aku risaulah...risau apa akn terjadi pada aku untuk semester ni..
Erm,tp apa2 pun aku tetap diri aku~
Semalam petang setelah aku pulang dr rumah mak lang aku bergegas mengambil
IFFAH NABILLAH KAMAL serta yang lain untuk ke taman botani..
kami bg ikan makan..
mmg best..
tenang je...
petang ni terasa ingin kesana kembali...
G SANA JUGA...
hehehe...
JALAN2!!!






Monday, June 21, 2010

Hujung Minggu bersama Keluarga~


Semoga Allah memberkati semua pembaca....~ ameen ~

Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman hidup yang aku baru tempuh bersama sahabat baik aku selama dua hari satu malam.

Tanggal 19 June 2010 aku bersama makcik sedara serta pakcik sedara aku bersama dengan saudara merangkap sahabat baik aku iaitu kak iffah nabillah kamal binti abdullah sany.

Kami bergerak ke destinasi iaitu Kuala Lumpur pada jam 8.10 pagi. Kami bergerak dengan menaiki kereta kelisa ku... syg kereta ku~

Kami bergerak dengan lafaz Bismillah...

Aku yg memulakan perjalanan...Pada jam 9 pg kami tiba di R&R Tapah. kami bersarapan di sana. Aku beserta kak nabillah makan nasi lemak manakala mak cik n pakcik aku makan menu mereka. Makcik aku makan roti sandwich manakala pakcik aku makan nasi goreng..

Setelah mengisi perut yang kosong pada waktu pagi, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Smpi di Restoran Jejantas,pemandu bertukar kerana aku tidak tahu jalan yg bersimpang siur di Kuala Lumpur.

Kami tiba di Kuala Lumpur pada jam 11.30 pagi. dan meneruskan destinasi dengan mencari tempat yang dituju iaitu PWTC.



Tepat jam 11.45 pg kami tiba di The Mall dan masuk ke kawasan parking.
Setelah itu kami berjalan dan masuk ke PWTC - papan tanda yg aku nampak bertulis - no outside food are allowed - hahaha...

tp makcik aku selamba je bawa air dlm plastik masuk..kah5...
setelah penat menaiki tangga bergerak, akhirnya jumpa jua ibunda ku...faizah binti jamaluddin.

Pada jam 1.20 tgh hari emak.ayah dan adik lelaki ku, ammar masuk ke dlm dewan PWTC. aku tidak masuk kerana aku hanya memakai sandle...


sandle jew? arrrgghhh...tp kalau masuk mmg bosan kerana kena duduk selama 4jam dlm bilik tu xblh bergerak..hahaha..

Kami semua duduk dekat luar je..rasanya kami antara yang paling ramai bawa family..12 orang..hahaha..bayangkan...

Mak aku habis konvo pada jam 5.30 ptg.setelah mak keluar adik aku yang kecil sekali segera serahkan bunga...
Setelah itu kami bergerak ke The Mall untuk makan tengah hari pada jam 5.45ptg.
hahaha...
Kemudian kami semua bergerak ke rumah Ayah sulung di wangsamaju...
Kami tiba di rumah pada jam 8mlm.Bersiap2 untuk keluar kembali untuk pergi sesi bergmbr pula.
Tapi malangnya kedai gmbr telah tutup pada jam 9 malam. Kemudian mak aku pergi cari hotel untuk kami tidak sangka pula ayat aku yang pada awalnya niat xnak susahkan mak dan ayah menjadi satu terjadi yang tidak menyenangkan.. bermasam muka.
Akhirnya kami beralah untuk tidur di rumah Pah Chu kak billah walaupun pada awalnya aku xnak atas sebab2 tertentu. Pada jam 10.30 malam kami bergerak ke Gombak dengan tidak bergantung kepada GPS elektronik dan hanya bergantung kepada GPS saudari Nurul Jannah Atiqah binti Ismail.
hahahaha....
Pada jam 11.30 malam kami tiba di hadapan rumah Pah Chu,tp malangnya rumah gelap. Pada awalnya kami sudah menelefon dan memaklumkan kehadiran kami ke sana tapi malangnya tidak berbau.,.kah6...
Pah Chu sudah kata kalau nk dtg nnt tel je tp smpi depan rumah telefon semua tidak dapat. Kak billah mencari inisiatif lain iaitu menelefon Wan Chik...Nasib baik dpt..tp tidak juga berjaya kerana Wan Chik berada di Ipoh..Arrrggghhh TIDAK!!!
Sabar2...
Kemudian kami cuba telefon MUMMY @ Wan Teh...tiada jawapan.. alamak apalah jadi kami malam ni..adakah kami akan tidur dalam kete? huhuu...
Selepas beberapa minit wan chik menelefon kembali dan memaklumkan Amir ada di rumah. Dengan pantas dan tangkas kami menghubungi dia. Nasib kami......
?????????????
Nasib kami baik kerana dia tidak tidur lagi dan kami memberitahu ingin kerumah nya untuk tumpang tidur dan kami menceritakan apa yang telah terjadi. Jika tiada dia kami mmg tekad nk pulang ke ipoh pada malam itu juga..Terima kasih Ya Allah...
Tanggal 20 June 2010,Ahad. Kami bangun pagi dan bersarapan di rumah MUMMY...setelah bersarapan kami bergerak ke WANGSA WALK MALL. mak aku dan keluarga aku semua ke PWTC dan ke MYDIN. Mereka ke PWTC untuk memulangkan jubah mak aku dan mereka ke MYDIN untuk bershopping..
Dan kami berada di WANGSA WALK MALL!!! tempat yang mmg xda dalam senarai..Kami berada di sana selama 4 jam. dr jam 10.35pg smpilah 1.50ptg. Kami berjalan,kami berkaraoke,kami main basket ball,kami main game,kami tgk2 tempat,timbang berat....hehehe...
Memamg hapenning... xblh nk diceritakan kegembiraan yang terpancar dalam jiwa..heehe
Pada jam 1.55ptg kami bergerak makan di KOPITIAM.hehehe...
makan time!!!
mmg masyuk perut keluar money..hahaha
then, kami habis makan dan kami bergerak pulang ke wangsa maju. Nasib baik ada ayah sulung kerana mak long and ayah sulung baru tiba dr ipoh.
tgg turn ke toilet,aku tunggu kak billah kuar smpi terlelap2...
Pada jam 4.45ptg mak dan keluargaku baru pulang dr MYDIN.
then mak long aku get ready food and makan lagi...
Yang aku xsanggup kak nabillah di turun aku ni naik...GERAM!!!
Pada jam 6.35ptg kami bergerak pulang dengan 2 kereta. melalui lebuhraya DUKE.hehehe..
Terima kasih kerana membaca...May Allah Bless You~~
sgt seronok journey kali ini..sgt tidak boleh dilupakan sampai bila2...
Sayang semua...sayang sgt : Ishaak,Faizah,Ayh sulung,Mak long,Ammar,Fasyihah,Amni,Ifwat,Wan yang,Uncle Din,K.Nabillah,Tiqah dan shidah.
Sayang kamu semua~
Tiada kasih syg yg dpt dikongsi seindah ini selain kamu semua...
Cuti bersama semua yang xkan sy lupakan....






Wednesday, June 16, 2010


Salam.Hari ini aku tinggal sorang dkt rumah.

huhuhu...

kejap lagi aku nk hang out ngan kawan aku afidatul ashila...

g mana erk?

g makan...

hehehe..

jadi orang bujang biasalah..

Saturday, June 12, 2010

keriangan yang tidak terkira


Salam. Selamat membaca bersama~

Hari ini, 10 hb june 2010 aku, shila,fathul dan salleh keluar berjalan-jalan.

Aku, fathul and shila bertolak dr teluk intan pada jam 10.30pg. menanti si ahmad fathul hakim yang katanya 10 minit bagaikan 10 jam..hahaha bak kata aku "10 minit fathul.. eeemmm.." hahaha...Kami ikut jalan Batu Gajah. Fathul suruh. Then kami tiba di Ipoh pada jam 12 tgh hari dan tiba di rumah sewa Salleh pada jam 12.15 tgh hari. Tgg salleh siap pula bagaikan bidadari yg mahu bersolek..hahaha~~

Destinasi pertama aku adalah kerumah makcik aku...Mak lang's house. Aku mesti jumpa HAZIQ perkara wajib.
kemudian kami pergi ke Tasek sbb nk g jumpa ayah Shila. selepas itu kami bergerak ke JJ Ipoh di sana, kami makan,then g Popular and MPH.setelah itu kami bergerak ke UO kerana xthu nk buat apa setelah nk masuk ke karaoke penuh..haha...30 minit tgg xda kosong.
Selepas itu, kami habiskan masa di sana... main bowling,karaoke.
Pada malam hari pula kami berjalan ke IPOH PARADE dan ke dataran. kami makan dan lepak di kedai makan di dataran. Last aktiviti. after that masing2 buat destinasi masing2.. Aku,kak billah,acu,kak liah and shila balik ke rumah kami di Sg Rokam dan Fathul and Salleh g kerja di Shell Bercham.
Itulah perjalanan hidup kami seharian.
Setelah tiba di rumah aku semakin gundah gulana kerana tidak melihat keputusan aku sem 4 ni. tp pada jam 12.20 tgh mlm,aku berjaya buka di mini transkript. ALHAMDULILLAH aku berjaya....melepasi segalanya.. setelah itu aku membuat panggilan kepada ibunda aku...

Tuesday, June 8, 2010


Hari ini aku berasa macam2 perasaan timbul.

Takut,Gundah gulana,gentar, tenang dan kadang2 gembira.

Khamis ni result UiTM dh nk keluar..aku xdpt nk gmbr macam manalah result aku agaknya.

terimbau kisah aku repeat paper...

aku xsanggup nk repeat ape2 paper..

aku serik..aku xnak.. kawan2 aku dh kedepan aku kecundang di pertengahan jalan.

hanya ALLAH je tahu macam mana perasaan aku tatkala aku kena ulang kembali paper yang aku sdh ambil.

sem 3 kawan2 aku ambil subjek baru aku ambil subjek lama.

sem 4 aku ada 5 subjek kawan2 aku ada 4 subjek je...

khamis ni akn menetukn sama ada aku ada paper yang kena ulang atau tidak.

aku harap tidak adalah..kerana aku xnk sejarah lama berulang kembali.