Semoga Allah memberkati semua pembaca....~ ameen ~
Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman hidup yang aku baru tempuh bersama sahabat baik aku selama dua hari satu malam.
Tanggal 19 June 2010 aku bersama makcik sedara serta pakcik sedara aku bersama dengan saudara merangkap sahabat baik aku iaitu kak iffah nabillah kamal binti abdullah sany.
Kami bergerak ke destinasi iaitu Kuala Lumpur pada jam 8.10 pagi. Kami bergerak dengan menaiki kereta kelisa ku... syg kereta ku~
Kami bergerak dengan lafaz Bismillah...
Aku yg memulakan perjalanan...Pada jam 9 pg kami tiba di R&R Tapah. kami bersarapan di sana. Aku beserta kak nabillah makan nasi lemak manakala mak cik n pakcik aku makan menu mereka. Makcik aku makan roti sandwich manakala pakcik aku makan nasi goreng..
Setelah mengisi perut yang kosong pada waktu pagi, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Smpi di Restoran Jejantas,pemandu bertukar kerana aku tidak tahu jalan yg bersimpang siur di Kuala Lumpur.
Kami tiba di Kuala Lumpur pada jam 11.30 pagi. dan meneruskan destinasi dengan mencari tempat yang dituju iaitu PWTC.
Tepat jam 11.45 pg kami tiba di The Mall dan masuk ke kawasan parking.
Setelah itu kami berjalan dan masuk ke PWTC - papan tanda yg aku nampak bertulis - no outside food are allowed - hahaha...
tp makcik aku selamba je bawa air dlm plastik masuk..kah5...
setelah penat menaiki tangga bergerak, akhirnya jumpa jua ibunda ku...faizah binti jamaluddin.
Pada jam 1.20 tgh hari emak.ayah dan adik lelaki ku, ammar masuk ke dlm dewan PWTC. aku tidak masuk kerana aku hanya memakai sandle...
sandle jew? arrrgghhh...tp kalau masuk mmg bosan kerana kena duduk selama 4jam dlm bilik tu xblh bergerak..hahaha..
Kami semua duduk dekat luar je..rasanya kami antara yang paling ramai bawa family..12 orang..hahaha..bayangkan...
Mak aku habis konvo pada jam 5.30 ptg.setelah mak keluar adik aku yang kecil sekali segera serahkan bunga...
Setelah itu kami bergerak ke The Mall untuk makan tengah hari pada jam 5.45ptg.hahaha...
Kemudian kami semua bergerak ke rumah Ayah sulung di wangsamaju...
Kami tiba di rumah pada jam 8mlm.Bersiap2 untuk keluar kembali untuk pergi sesi bergmbr pula.
Tapi malangnya kedai gmbr telah tutup pada jam 9 malam. Kemudian mak aku pergi cari hotel untuk kami tidak sangka pula ayat aku yang pada awalnya niat xnak susahkan mak dan ayah menjadi satu terjadi yang tidak menyenangkan.. bermasam muka.
Akhirnya kami beralah untuk tidur di rumah Pah Chu kak billah walaupun pada awalnya aku xnak atas sebab2 tertentu. Pada jam 10.30 malam kami bergerak ke Gombak dengan tidak bergantung kepada GPS elektronik dan hanya bergantung kepada GPS saudari Nurul Jannah Atiqah binti Ismail.
hahahaha....
Pada jam 11.30 malam kami tiba di hadapan rumah Pah Chu,tp malangnya rumah gelap. Pada awalnya kami sudah menelefon dan memaklumkan kehadiran kami ke sana tapi malangnya tidak berbau.,.kah6...
Pah Chu sudah kata kalau nk dtg nnt tel je tp smpi depan rumah telefon semua tidak dapat. Kak billah mencari inisiatif lain iaitu menelefon Wan Chik...Nasib baik dpt..tp tidak juga berjaya kerana Wan Chik berada di Ipoh..Arrrggghhh TIDAK!!!
Sabar2...
Kemudian kami cuba telefon MUMMY @ Wan Teh...tiada jawapan.. alamak apalah jadi kami malam ni..adakah kami akan tidur dalam kete? huhuu...
Selepas beberapa minit wan chik menelefon kembali dan memaklumkan Amir ada di rumah. Dengan pantas dan tangkas kami menghubungi dia. Nasib kami......
?????????????
Nasib kami baik kerana dia tidak tidur lagi dan kami memberitahu ingin kerumah nya untuk tumpang tidur dan kami menceritakan apa yang telah terjadi. Jika tiada dia kami mmg tekad nk pulang ke ipoh pada malam itu juga..Terima kasih Ya Allah...
Tanggal 20 June 2010,Ahad. Kami bangun pagi dan bersarapan di rumah MUMMY...setelah bersarapan kami bergerak ke WANGSA WALK MALL. mak aku dan keluarga aku semua ke PWTC dan ke MYDIN. Mereka ke PWTC untuk memulangkan jubah mak aku dan mereka ke MYDIN untuk bershopping..
Dan kami berada di WANGSA WALK MALL!!! tempat yang mmg xda dalam senarai..Kami berada di sana selama 4 jam. dr jam 10.35pg smpilah 1.50ptg. Kami berjalan,kami berkaraoke,kami main basket ball,kami main game,kami tgk2 tempat,timbang berat....hehehe...
Memamg hapenning... xblh nk diceritakan kegembiraan yang terpancar dalam jiwa..heehe
Pada jam 1.55ptg kami bergerak makan di KOPITIAM.hehehe...
makan time!!!
mmg masyuk perut keluar money..hahaha
then, kami habis makan dan kami bergerak pulang ke wangsa maju. Nasib baik ada ayah sulung kerana mak long and ayah sulung baru tiba dr ipoh.
tgg turn ke toilet,aku tunggu kak billah kuar smpi terlelap2...
Pada jam 4.45ptg mak dan keluargaku baru pulang dr MYDIN.
then mak long aku get ready food and makan lagi...
Yang aku xsanggup kak nabillah di turun aku ni naik...GERAM!!!
Pada jam 6.35ptg kami bergerak pulang dengan 2 kereta. melalui lebuhraya DUKE.hehehe..
Terima kasih kerana membaca...May Allah Bless You~~
sgt seronok journey kali ini..sgt tidak boleh dilupakan sampai bila2...
Sayang semua...sayang sgt : Ishaak,Faizah,Ayh sulung,Mak long,Ammar,Fasyihah,Amni,Ifwat,Wan yang,Uncle Din,K.Nabillah,Tiqah dan shidah.
Sayang kamu semua~
Tiada kasih syg yg dpt dikongsi seindah ini selain kamu semua...
Cuti bersama semua yang xkan sy lupakan....
No comments:
Post a Comment